TaK kEnAl MaKa TaK cInTa

My Home

Followers

Total Pageviews

Friday, June 3, 2011

Pentingnya Pendidikan Awal Kanak2



Anak ialah harta yang amat berharga kepada pasangan suami isteri.Kita diamanahkan oleh Allah swt untuk mendidik anak2 supaya menjadi anak yang soleh dan solehah,dan menjadi anak2 yang berguna untuk agama,bangsa dan negara.Anak diibaratkan sehelai kain putih yang suci.Kita sebagai ibubapa yang mencorakkan anak kita.Bak kata pepatah "Melentur buluh biarlah dari rebung".Ada pelbagai jenis pendidikan awal kanak2 yang patut kita titikberatkan.Antaranya ialah:-


Pendidikan Awal di rumah.
Pendidikan awal kanak2 telah bermula sejak mereka dalam kandungan ibu.Bayi mula mendapat pendidikan seusia 5 hingga 9 bulan.Antara pendidikan yang perlu kita tekankan dirumah ialah :-

1.Disiplin dan berdikari.
Disiplin diri dan berdikari amat penting untuk kita dan anak2.Ia mengajar anak2 kita untuk menghormati diri dan orang lain.Aku mula menerapkan disiplin untuk anak2 aku semasa mereka beusia setahun.Antara disiplin yang aku tekankan ialah menggosok gigi semasa mandi.Membaca doa sebelum makan dan membaca doa sebelum tidur.Selain itu juga,aku mendisiplinkan anak2 aku untuk menyimpan barang mainan selepas bermain.Menyimpan botol susu di tempat yang sepatutnya.Apabila anak2 aku hendak mandi,aku melatih mereka untuk mengambil tuala sendiri.Dengan cara itu,anak2 boleh berdikari dan tidak bergantung kepada orang lain.

2.Pendidikan asas untuk ke sekolah.
Kanak2 boleh di ajar seawal usia 6 bulan.Di usia sebegitu,pertumbuhan dan perkembangan otak bayi sangat aktif.Mereka cepat menerima apa yang mereka lihat dan dengar.Aku mula mengajar anak2 aku seawal usia mereka 6 bulan.Pengajaran yang paling mudah untuk kanak2 ialah pendidikan anggota badan.Aku mula mengajar anak2 aku dengan mengenal anggota badan mereka dalam bahasa Malaysia dan Bahasa English.Alhamdulillah,mereka faham dan mengenal anggota badan mereka sendiri.Selain itu,aku juga mengajar mereka untuk mengenal abjad abc,nombor dan alif ba ta.


Sebagai ibu yang bekerja dan mempunyai 2 orang anak,tumpuan aku terhadap anak2 aku tidak 100%.Masa yang aku ada hanya selepas balik dari kerja dan sebelum masuk tidur.Coba kita fikirkan berapa jam masa kita bersama anak2???Jangan jadikan alasan kita tidak cukup masa untuk mendidik anak2.Bak kata pepatah "Hendak seribu daya Tak hendak seribu dalih".

No comments: