TaK kEnAl MaKa TaK cInTa

My Home

Followers

Total Pageviews

Thursday, September 15, 2011

Dengan Rahmat Mu.....

Aku teringat dgn seseorg yg aku amat kenali.Dia selalu tanya aku,boleh percaya ke suami dok jauh?Kalau dia, memang dia tak percaya sangat.Lepas tu dia ada cakap perempuan kat sana semua seksi2...cantik2...kita tak tahu apa suami kita buat.Mcm2la dia cakap.Aku hanya mampu tersenyum je...n aku hanya bagitahu...

"Aku percayakan suami aku sepertimana suami aku percayakan aku dan aku selalu berdoa agar suami aku sentiasa dilindungi oleh Allah swt dan semoga Allah swt teguh dan tetapkan imannya"


Alhamdulillah setahun sudah kami hidup berjauhan,sedetik pun hati aku tidak pernah syak wasangka terhadap suami aku.Kerna aku percaya Allah swt sentiasa berada dimana2...Aku selalu berdoa agar selalu dberi petunjuk yang baik.

Malah perasaan sayang kami makin bertambah.

Sunday, June 5, 2011

Melancong di Kuala Terengganu (Part 2)

Bersambung lagi ke Part 2....


Pengembaraan bermula........hihihihi


Cantekkan bas bandar nie....


Tak lupa juga aku mengambil gambar dalam Bas Bandar nie.....


Setelah penat berjalan,kami menikmati makanan di Food Court dekat Mydin.


Dah nak balik.Menunggu Pakcik Stopa.


Dalam menunggu Pakcik Stopa,aku sempat mengambil gambar baby nie.Cute baby nie.Teringat dengan anak2 ku yang berada di rumah....Miss my kids so much.Lebih2 lagi aku rindukan semasa mereka kecil2 dulu.


* Sampai disini saja episode untuk kali nie.Nantikan tempat2 yang menarik di Terengganu.Terutamanya di Masjid Terapung,Tamadun Islam dan Museum.Tunggu ye.......









Saturday, June 4, 2011

Melancong di Kuala Terengganu (Part 1)


:p sementara menunggu Pakcik Stopa (GBS) aku sempat berposing.


Nie la geng2 sama berjalan.Kami pergi ke Waterfront Kuala Terengganu.sempat lagi berposing di tengah panas.


Cuaca panas sangat2......


Masih berada di Pasar Payang.Masa nie ada Pesta Terengganu,jadi ada beberapa Booth dibuka di sini.Aku sempat melihat baju kurung dan Jubah2.Cantek kan Jubah nie.Kalau la masa tu aku ada duit lebih,gerenti aku bli.Aku sempat pakai je.Teringin sangat nak pakai Jubah.Aku suka Jubah.


Nasib baik jumpa bas cantek nie.Nie la Bas Bandar.Cantek bas nie.Diperbuat darpada kayu jati kalau tak silap.:p


* Banyak lagi gambar yang aku nak tunjuk.Tapi line tak berapa elok.Esok aku upload lagi ye....So,jumpa di Next Episode......heheheheheheh...








































Friday, June 3, 2011

Anak kembar


Aku pergi ke Mydin,Terengganu.Semasa aku berjalan didalam Mydin,aku berjumpa dengan pasangan anak kembar ini.Cantek sangat2 anak kembar ni....


Tak dinafikan bahawa kebanyakan pasanga suami isteri inginkan anak kembar hadir dalam kehidupan mereka.Sama juga seperti aku.Aku benar2 menginginkan anak kembar.Beruntung sekali seandainya di anugerahkan anak kembar.Ku berharap selepas ini,seandainya aku ditakdirkan mengandung lagi,aku berharap semoga Allah swt memberikan aku anak kembar yang cukup sifat nya....amin.

Pentingnya Pendidikan Awal Kanak2



Anak ialah harta yang amat berharga kepada pasangan suami isteri.Kita diamanahkan oleh Allah swt untuk mendidik anak2 supaya menjadi anak yang soleh dan solehah,dan menjadi anak2 yang berguna untuk agama,bangsa dan negara.Anak diibaratkan sehelai kain putih yang suci.Kita sebagai ibubapa yang mencorakkan anak kita.Bak kata pepatah "Melentur buluh biarlah dari rebung".Ada pelbagai jenis pendidikan awal kanak2 yang patut kita titikberatkan.Antaranya ialah:-


Pendidikan Awal di rumah.
Pendidikan awal kanak2 telah bermula sejak mereka dalam kandungan ibu.Bayi mula mendapat pendidikan seusia 5 hingga 9 bulan.Antara pendidikan yang perlu kita tekankan dirumah ialah :-

1.Disiplin dan berdikari.
Disiplin diri dan berdikari amat penting untuk kita dan anak2.Ia mengajar anak2 kita untuk menghormati diri dan orang lain.Aku mula menerapkan disiplin untuk anak2 aku semasa mereka beusia setahun.Antara disiplin yang aku tekankan ialah menggosok gigi semasa mandi.Membaca doa sebelum makan dan membaca doa sebelum tidur.Selain itu juga,aku mendisiplinkan anak2 aku untuk menyimpan barang mainan selepas bermain.Menyimpan botol susu di tempat yang sepatutnya.Apabila anak2 aku hendak mandi,aku melatih mereka untuk mengambil tuala sendiri.Dengan cara itu,anak2 boleh berdikari dan tidak bergantung kepada orang lain.

2.Pendidikan asas untuk ke sekolah.
Kanak2 boleh di ajar seawal usia 6 bulan.Di usia sebegitu,pertumbuhan dan perkembangan otak bayi sangat aktif.Mereka cepat menerima apa yang mereka lihat dan dengar.Aku mula mengajar anak2 aku seawal usia mereka 6 bulan.Pengajaran yang paling mudah untuk kanak2 ialah pendidikan anggota badan.Aku mula mengajar anak2 aku dengan mengenal anggota badan mereka dalam bahasa Malaysia dan Bahasa English.Alhamdulillah,mereka faham dan mengenal anggota badan mereka sendiri.Selain itu,aku juga mengajar mereka untuk mengenal abjad abc,nombor dan alif ba ta.


Sebagai ibu yang bekerja dan mempunyai 2 orang anak,tumpuan aku terhadap anak2 aku tidak 100%.Masa yang aku ada hanya selepas balik dari kerja dan sebelum masuk tidur.Coba kita fikirkan berapa jam masa kita bersama anak2???Jangan jadikan alasan kita tidak cukup masa untuk mendidik anak2.Bak kata pepatah "Hendak seribu daya Tak hendak seribu dalih".