TaK kEnAl MaKa TaK cInTa

My Home

Followers

Total Pageviews

Thursday, June 2, 2011

Ikatan cinta antara kita


Bukan senang untuk pasangan suami isteri melayari kehidupan dengan hidup berjauhan.Pelbagai dugaan yang bakal dihadapi apabila berjauhan.Bukan senang untuk berjauhan dengan org yangg kita sayangi terutamanya suami dlm tempoh masa yang amat panjang.Aku berjauhan dengan suami ku selama 8 bulan.Disepanjang tempoh berjauhan itu,terpaksa menghadapi segala rintangan yang ada.Pada mula nya memang payah untuk aku menghadapi situasi berjauhan dengan suami.Tapi disebabkan faktor pekerjaan,aku relakan jua.Bagiku niat yang baik,perlu dihadapi dengan baik,ikhlas dan redha.Semua yang berlaku adalah ketentuan dari yang Maha Esa.Mungkin ada hikmah disebalik nya.



Berjauhan dengan suami bukan satu bebanan.Bagiku ini adalah satu muhasabah diri untuk aku dan suami.Mungkin dengan berjauhan,kami saling menginsafi,lebih menghargai antara satu sama lain.Tapi bena kata org,bila seseorang tak ada didepan mata,baru kita merasa kehilangan dan baru nak menghargai nya.
Terus terang aku katakan,bila berjauhan aku merasa kehilangannya.Hari pertama suami ku pergi,aku teramat sedih sekali.Sukar untuk terima hakikat akan berjauhan dengannya,p aku harus melaluinya.Ketiadaan suami disisi bagaikan hilang satu semangat dalam diri aku.Disepanjang rutin harian ku dibayangi bayang2 suami ku.Aku merasa amat sunyi sekali.Adanya anak2 ku yang comel2,rinduku kepada suami yg tercinta terubat sedikit.

    

Betapa mendalamnya cinta kami sehingga kami dapat menghadapi segala rintangan dan dugaan ketika berjauhan.Risiko berjauhan dengan suami amat besar.Tanpa kepercayaan dan keteguhan hati,mungkin akan menhadapi masalah.Disebabkan kepercayaan,keteguhan hati,doa dan tawakal kepada Allah swt,aku tidak mungkin menghadapi dugaan ini dengan cekal dan tabah.Kesefahaman dan sentiasa berfikiran positif,Insya Allah,kita akan terlindung dari perkara2 yang tidak baik.


Disebabkan cinta kami yang terlalu utuh dari kami mula2 bercinta.Dan sehingga sekarang cinta ini masih lagi kukuh bahkan sekarang cinta kami menjadi semakin kukuh dan teguh.Kami akan menghargai apa yang Allah swt telah berikan kepada kami.


Dan aku sentiasa berdoa kepada Allah swt,semoga kami sentiasa diberkati Allah swt,sentiasa dalam jagaanNya,dilindungi dan ditetapkan iman kami.Alhamdulillah setakat ini,kami menghadapi dugaan berjauhan dengan baik.Tanpa ada rasa ragu2 dalam hati kerna bagiku Allah swt itu Maha Melihat dan Maha Mengetahui.


Ketika ini,aku amat merindui suami ku yang kini sedang berada di Bangkok.Ketahuilah wahai suami ku,bahawa aku amat mencintai mu.......












No comments: